Sejarah Sekolah





Hasrat untuk mendirikan Sekolah Kebangsaan Labu Besar telah dibuat dalam tahun 1936. Hasrat tersebut direstui oleh YTM. Tengku Abdul Rahman Putera yang ketika itu Pegawai Daerah Kulim.
Sekolah ini telah dibina dengan inisiatif Jawatankuasa Sekolah terdiri daripada 10 orang dengan kerjasama orang-orang kampung secara bergotong royong. Bahan-bahan bangunan tersebut terdiri daripada kayu kayan hutan yang terdapat di sekitar kawasan Labu Besar. Tiang dan semua perkakasan terdiri daripadaa kayu bulat. Atap bangunan tersebut diperbuat daripada daun bertam manakala dindingnya pula diperbuat daripada batang bertam yang dianyam berkelarai bercorak siku keluang. Tiada lantai simen manakala bangku dan mejanya diperbuat daripada balak yang digergaji sendiri oleh orang-orang kampung dan ditanam di dalam tanah.
Dinamakan sekolah rakyat dan dibiayai seratus peratus oleh penduduk dan ibubapa. Bangunan sekolah yang pertama ini tela siap dibina dan dibuka denga rasminya pada 27 JULAI 1957. Seramai 40 orang murid lelaki telah memulakan kelas yang pertama manakala guru besar yang pertama ialah Tuan Haji Ismail b Haji Abdullah.
Dalam tahun 1941 semasa pemerintahan Jepun di Tanahair, keadaan fizikal sekolah ini sangatlah daif. Bumbung bangunan sekolah ini telah pecah dan bocor di sana sini sehingga mengganggu murid-murid belajar dengan selesa. Namun dengan semangat dan keazaman guru-guru serta murid-muridnya, pembelajaran tetap diteruskan.
Bilangan murid bertambah menjadikan 80 orang semuanya, seterusnya bertambah menjadi 240 orang murid dalam tahun 1946.
Pada tahun 1952 seramai 4 orang guru pelatih (guru kerajaan) telah dihantar ke Sekolah ini. Pada 1949 pihak kerajaan telah mengambil alih sepenuhnya dengan menjadikan Sekolah bantuan penuh kerajaan dan pembayaran gaji serta pentadbiran semuanya dibawah tanggungjawab kerajaan.
Pada 2 FEB 1952, Tuan Haji Sham b Kadim telah dihantar oleh kerajaan memegang jawatan Guru Besar yang pertama. Dalam tahun ini juga pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan sekolah (batu bata/bersimen) dan telah dirasmikan oleh DYMM. Tengku Abdul Halim Muazam Shah pada tahun 1956 ketika itu baginda sebagai Raja Muda Negeri Kedah.